Tuesday 18 August 2009

Takut MATI>>>

Kenapa kita perlu takut dengan wabak penyakit H1N1 ni?...adakah sebab kita takut sakit..?, Takut mati..?memang itulah jawapannya...

Ana teringat lagi masa di dalam kelas semasa kuliah di maktab, kelas PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (PDIG), oleh En Abdul Salam....ana suka sangat dengan tazkirah yang sentiasa diselitkan ketika kuliah berjalan...tazkirah yang diberi sering membuat ana terfikir...hidup sebagai hamba Allah...

Berbalik pada tajuk post nie....En Abdul Salam kate...kenapa kita harus takut MATI..? mungkinkah kita sayang nak meninggalkan segala kenikmatan duniawi...rumah besar..kereta besar...isteri cantik @ suami hensem.....kawan-kawan...perniagaan yang sentiasa membawa untung?ya bagi ana jawapan yang paling tepat sekali ialah kita terikat dengan pemberian Tuhan kepada kita sehingga kita takut nak memulangkan apa yang dipinjamkan dan takut untuk kembali pada Pencipta kita, HUWA RABBUL 'ALAMIN....

Atau juga jawapan yang boleh diterima akal dan qalb iaitu...kita takut untuk mati kerana kita tiada bekalan untuk ke sana...betul tak???
Tiada amalan yang dapat membuatkan kita merindui Firdausi di sana...bak kate En Abd.Salam>>>>contohnya di bulan puasa...untuk menunggu waktu berbuka puasa kita sentiasa mengidami satu masakan atau juadah yang mengiurkan..erm...lambat lagi ker nak berbuka ni...tak sabar nak makan cendol yang dibeli di pasar ramadhan tadi..

Begitulah diibaratkan kita...kalu kita sentiasa Taat dengan segala perintah Allah, ada amalan yang akan ikut kita nanti, ana pasti semua orang tidak akan gentar dan takut untuk mati..begitu juga dengan insan yang lemah ini...

Moga Allah melindungi kita daripada sebarang kesusahan,kedukaan......Amien..

No comments:

Post a Comment