Friday 28 August 2009

PEMANGKIN SEMANGAT BUATMU SAHABAT...

Jika kau merasa lelah dan tidak berdaya dari usaha yang sia-sia,
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha,
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu merasa pedih,
Allah sudah menghitung airmatamu,
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan terasa berlalu begitu saja,
Allah sedang menunggu bersama-samamu,
Ketika kau fikir bahawa kau sudah berusaha sesungguhnya&tidak tahu hendah berbuat apa lagi,
Allah mempunyai jawapannya,
Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan,
Allah bersamamu untuk menenangkanmu,
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan,
sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu,
ketika sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur,
Allah telahpun memberkatimu,
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,
Allah akan tersenyum kepadamu,
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,
Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.....

Thursday 27 August 2009

Wednesday 26 August 2009

Tuesday 25 August 2009

Sifat 20

MUST SEE!!!...Remember Taqwa(fear of Allah)

Dunia Baru Islam...

Tidak Seindah Sentuhan Mata-The Zikr

IBU........

NASYID NOSTALGIA...


PERUBAHAN TARIKH DALAM TAKWIM HIJRAH..

Perubahan Tarikh
Tarikh Hijrah akan berubah selepas jam 8 malam setiap hari. Kenapa? Takwim Hijrah memasuki hari baru selepas masuk waktu maghrib. Tarikh Hijriah ini memasuki hari baru selepas waktu maghrib (ditetapkan jam 8 malam). Tarikh Masihi di bawahnya masih kekal berubah selepas jam 12 malam. Harap Maklum.

TAUBAT SEORANG HAMBA

Sedih Hatiku....

Aku yang tak Faham
atau die yang tak faham....
Aku ingin pujian darinya
tapi kemarahan yang aku telan........

Dia tidak berbangga
langsung tidak menghargai aku....

Aku adalah aku...
kerana aku ialah aku..
dan akan menjadi aku buat selama-lamanya...
Aku bangga jadi aku, walau tiada sesiapan hargai aku...
kerana aku ciptaNya yang Maha Kuasa..

PERJUANGAN ISLAM

Perjuangan Islam masa kini
Semakin lemah semakin kurang
Kerana manusia telah pun lupa
Tanggungjawab mereka sebagai hamba

Semangat berkorban jiwa raga
Semakin hilang di hati sanubari
Kemewahan dunia dititikberatkan
Sehingga akhirat sana dilupakan

Keyakinan terhadap kebenaran islam
Semakin hampa tiada lagi
Tidak terfikir tidak terlintas
Bahawa Allah Maha Besar

Mereka berjuang tegak agama Allah
Allah akan membantunya kembali

Apapu jua.....
Yang datang melanda
Jangan putus asa
Kerna Allah masih ada
Daulah Islamiah...Tujuan juang...

Ayuhlah para Mujahid
Ayuhlah para Mujahidah
Ayuh bangkit berdiri perkasa
Agar ketuanan Islam kembali lagi...

ALLAH....YA ALLAH.....YA ALLAH...

Lagu nie..mengimbau kembali waktu persekolahanku di MMPPP dulu....PERJUANGAN ISLAM!, lagu dari kumpulan Al-Madani-SMKA FALAHIAH...sangat menyemarakkan hati..Serasanya dah beribu kali ku putarkannya...kini kaset kesayanganku sdh hampir rosak...

RAMADHANKU...

أهلا وسهلا
يا رمضان
Sibuk dengan kehidupan dunia...sampai x sempat untuk mengucapkan Ahlan buat tetamu teristimewa...RAMADHAN KARIIM....

Bagi diriku...
Inilah puasa terakhirku sebagai seorang yang belum bergelar isteri..
Ku harapkan puasa kali ini, dapat ku kumpulkan segala kemanisan beribadat padaNYA jua kemanisan berbakti pada kedua orang tersayangku..umi dan aboh...
Kerana Syawal yang akan menjengah nanti, bakal menukar title buat diriku..

Mungkin......
Kehadiran Ramadhan akan datang...disambut bersama bakal suami yang ditentukan Allah SWT buat diriku..dan mungkin ada jua takdirnya...menyatakan ku akan diberi dua gelaran..."Isteri"....dan..."Ibu"...Amiiien Ya RAB A'lamiin.....

Tuesday 18 August 2009


Unic - Fenomena
Fikiran ku melayang jauh
Ku renungkan sesuatu
Kisah yang kabur dipandangan

Ku lewati di dalam diri
Di fenomena ini
Tak henti jua berkali terjadi*

Ada sidis yang mengguris
Selama berdiam diri
Hati membahang di dalam
Bagaikan api di dalam sekam

Masih ada pura-pura
Meniti pelusuk alam
Walau cuba dibajai
Namun masih ada yang berkeluh kesah

Setulusnya hati ini
Menulis silaturrahim sambungan rantai
Kerinduan simfoni syahdu
Menjadi teman diri

Kasih saudara jadi pudar warna
Kerna hasutan semalam bisa kau berlaluPergi......(ulang dari *)
Mengapa perlu sengketaBiarkan ia pergi

Posted In: Download, Lirik Lagu, Nasyid. By Soha

Takut MATI>>>

Kenapa kita perlu takut dengan wabak penyakit H1N1 ni?...adakah sebab kita takut sakit..?, Takut mati..?memang itulah jawapannya...

Ana teringat lagi masa di dalam kelas semasa kuliah di maktab, kelas PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (PDIG), oleh En Abdul Salam....ana suka sangat dengan tazkirah yang sentiasa diselitkan ketika kuliah berjalan...tazkirah yang diberi sering membuat ana terfikir...hidup sebagai hamba Allah...

Berbalik pada tajuk post nie....En Abdul Salam kate...kenapa kita harus takut MATI..? mungkinkah kita sayang nak meninggalkan segala kenikmatan duniawi...rumah besar..kereta besar...isteri cantik @ suami hensem.....kawan-kawan...perniagaan yang sentiasa membawa untung?ya bagi ana jawapan yang paling tepat sekali ialah kita terikat dengan pemberian Tuhan kepada kita sehingga kita takut nak memulangkan apa yang dipinjamkan dan takut untuk kembali pada Pencipta kita, HUWA RABBUL 'ALAMIN....

Atau juga jawapan yang boleh diterima akal dan qalb iaitu...kita takut untuk mati kerana kita tiada bekalan untuk ke sana...betul tak???
Tiada amalan yang dapat membuatkan kita merindui Firdausi di sana...bak kate En Abd.Salam>>>>contohnya di bulan puasa...untuk menunggu waktu berbuka puasa kita sentiasa mengidami satu masakan atau juadah yang mengiurkan..erm...lambat lagi ker nak berbuka ni...tak sabar nak makan cendol yang dibeli di pasar ramadhan tadi..

Begitulah diibaratkan kita...kalu kita sentiasa Taat dengan segala perintah Allah, ada amalan yang akan ikut kita nanti, ana pasti semua orang tidak akan gentar dan takut untuk mati..begitu juga dengan insan yang lemah ini...

Moga Allah melindungi kita daripada sebarang kesusahan,kedukaan......Amien..

Ujian Allah SWT

Hari ini sekolah dikejutkan lagi dengan satu isu...ape lagi kalu tak H1N1..Ngeri juga kalu difikirkan dengan wabak yang satu nie...ana bersama teman-teman guru agak takut ngan berita bahawa salah sorang pelajar sekolah kami dijangkiti virus penyakit yang masih tiada ubat lagi nie...

Murid-murid yang demam dan mengalami beberapa tanda yang lain dikehendaki berkumpul di dewan terbuka...serta-merta sekumpulan dr & jururawat datang membuat pemeriksaan...

k.sya,cikgu matematik sekolah ana pun takut gak..sian dia..sekarang dia tengah mengandung 4 bulan...k.na guru yang tengah tunggu masa nak bersalin juga berasa bimbang...moga ALLAH memberi kekuatan kepada kami untuk menerima semua dugaan ALLAH ini...

Ya Allah, kami bermohon pada-Mu..Selamatkanlah kami semua dari wabak penyakit ini..Selamatkan dan jauhkan keluarga kami, sahabat-sahabat kami...negeri kami dari jangkitan wabak ini....Amiennnn.....

Saturday 15 August 2009

SALAM UKHUWWAH

Salam ukhuwah...
Diharapkan ruangan ini menjadi wahdah pencetus idea-idea untuk memantapkan lagi iman di hati.