Showing posts with label post by:-Wahidah. Show all posts
Showing posts with label post by:-Wahidah. Show all posts

Tuesday, 18 August 2009

Ujian Allah SWT

Hari ini sekolah dikejutkan lagi dengan satu isu...ape lagi kalu tak H1N1..Ngeri juga kalu difikirkan dengan wabak yang satu nie...ana bersama teman-teman guru agak takut ngan berita bahawa salah sorang pelajar sekolah kami dijangkiti virus penyakit yang masih tiada ubat lagi nie...

Murid-murid yang demam dan mengalami beberapa tanda yang lain dikehendaki berkumpul di dewan terbuka...serta-merta sekumpulan dr & jururawat datang membuat pemeriksaan...

k.sya,cikgu matematik sekolah ana pun takut gak..sian dia..sekarang dia tengah mengandung 4 bulan...k.na guru yang tengah tunggu masa nak bersalin juga berasa bimbang...moga ALLAH memberi kekuatan kepada kami untuk menerima semua dugaan ALLAH ini...

Ya Allah, kami bermohon pada-Mu..Selamatkanlah kami semua dari wabak penyakit ini..Selamatkan dan jauhkan keluarga kami, sahabat-sahabat kami...negeri kami dari jangkitan wabak ini....Amiennnn.....